top of page

《Program Cakna Kasih》 dianjurkan oleh Kebajikan Masyarakat Kedah

《Persatuan Ugama KUNG MERN》cum 【JASPAT INTERNATIONAL】bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah untuk mengagihkan 50 barangan keperluan harian dan peket merah🧧 kepada pelajar miskin di Sekolah Permatang Gunong (sebuah Sekolah Rendah Melayu di kawasan pedalaman).


Kebanyakan pelajar adalah daripada keluarga petani🧑‍🌾dan nelayan yang miskin. Seorang Guru Melayu bernama Cikgu Syukur, juga pegawai Kementerian Kebajikan Masyarakat memohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menganjurkan majlis ini - yang dinamakan 《Program Cakna Kasih》. Bersama Kementerian Kebajikan, kami memberikan bantuan yang terbaik kepada murid-murid tersebut untuk mengatasi kesukuran dan mengurangkan beban keluarga mereka.


Majlis ini juga dianjurkan dengan bantuan dan kerjasama diberikan oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pn Heng Tan Kooi, yang juga merupakan pengerusi Persatuan Bantuan Masyarakat Kedah. Dengan susunan dan kerjasama beliau, kami berpeluang untuk menyertai majlis yang penuh makna ini.


50 pelajar miskin ini berasal dari 6 sekolah rendah yang berbeza:

SK PERMATANG GUNUNG - 25

SK.KUBANG TEDUH-5

SK SIMPANG 3 PADANG HANG - 5

SK SRI GUNUNG- 5

SK ALOR JANGGUS - 5

SK CINA BOON HUA - 5


Termasuk pengetua, guru-guru, dan ibu bapa berkumpul untuk menghadiri majlis ini.


Pihak sekolah menyediakan Majlis Rasmi secara besar-besaran untuk mengalu-alukan kami, dan juga menyediakan makan tengah hari vegetarian khas untuk menghiburkan kami semua.


























2 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


bottom of page